Kerajaan Britain kini memaklumkan akan membenarkan rakyatnya yang berusia 16 tahun untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum seterusnya iaitu menjelang 2029. Penurunan had umur mengundi adalah tindak balas pentadbiran untuk menyelaraskan sistem demokrasi negara.
Jelas Perdana Menteri Keir Starmer, sekiranya kumpulan ini dibenarkan untuk bekerja dan memiliki akaun bank sendiri mengapa hak mengundi tidak diperluaskan ke atas mereka? Kenyataan itu turut disokong akan perubahan mentaliti rakyat semasa, yang dilihat semakin terdedah akan kepentingan pembangunan negara khusus ke atas kumpulan penduduk berusia 16 tahun.
Dengan penurunan had usia mengundi ini, ia akan memperlihatkan corak pemilihan pentadbiran yang lebih menarik dan terbuka di masa hadapan. Yang sekaligus mencerminkan komitmen kerajaan untuk tidak menyisihkan sebarang pilihan termasuk ke atas golongan muda.