Malaysia kini dilihat berjaya menambahbaik prestasi kedudukan negara pada kategori dana mahsul atau dana kekayaan negara (SWF) di peringkat global – apabila menerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjaya menempa rekod selaku SWF ke-17 terbaik dunia.
Senarai di bawah Global SWF ini untuk makluman telah menilai lebih 200 institusi pelaburan milik negara di seluruh dunia. Ini meliputi prestasi pengurusan, amalan pentadbiran, pelaksanaan usaha lestari dan tahap daya saing di pasaran semasa.
Berdasarkan faktor tersebut, PNB secara menyeluruh meraih 84% skor dengan mata penuh pada usaha kelesarian dalam operasi pelaburan tersebut.
Secara menyeluruh, ia tidak sekadar meningkatkan reputasi negara tetapi turut melonjakkan keyakinan pelabur pada Malaysia dalam perdagangan semasa. Tidak hanya itu pengurusan dana simpanan rakyat di bawah PNB juga dilihat akan lebih kukuh dengan kepercayaan prestasi tersebut, yang secara langsung berupaya memberi nilai tambah kepada sektor kewangan Malaysia.