Artikel

Bank Islam, MAIWP Lancar Kad Debit Eksklusif – Tingkatkan Saluran Bantuan Bersama Golongan Asnaf

Selain meluaskan akses kewangan digital, Bank Islam ingin memanfaatkan saluran ini dengan meningkatkan pulangan kepada golongan asnaf di Malaysia. Berlandaskan matlamat itu, Bank Islam kini bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan melancarkan Kad Debit-i Bank Islam VISA MAIWP. 

Pelaksanaan yang secara rasminya bermula hari ini, secara langsung akan menggalakkan keterangkuman kewangan dan sokongan penduduk negara bersama kumpulan yang memerlukan.

Usaha ini dijangka akan memanfaatkan hampir 30,000 penerima bantuna kewangan MAIWP dan penawaran kad debit tersebit turut tersedia buat warga kerja dan anak syarikat MAIWP iaitu PUSRAWI, PPZ-MAIWP, Yayasan Taqwa, Kolej Profesional Baitulmal KL, Kolej Universiti Antarabangsa (UCMI) dan MAIWP Healthcare.

Selain memberi galakkan kepada sumbangan untuk kumpulan yang memerlukan, akses ini turut akan meningkatkan transaksi nirtunai bersama sokongan perbankan. Pemegang kad boleh memantau transaksi kad, mengurus perbelanjaan dan menyumbangkan kepada aktiviti ekonomi digital menerusi perbelanjaan harian serta pembayaran melibatkan utiliti.