Honda Malaysia memberi jaminan semua model kenderaan keluarannya di pasaran Malaysia tidak akan berdepan sebarang kenaikan harga pada tahun ini. Perihal itu susulan, operasi masih meneliti kesan akan perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas kumpulan secara menyeluruh.
Perkongsian yang dinyatakan ketika sidang pelancaran HR-V versi facelift hari ini menjelaskan tindakan semakan SST sedang dilaksanakan bagi memastikan ia tidak akan memberi bebanan kepada kuasa beli pengguna.
Biarpun jaminan ini diberikan oleh Honda Malaysia, namun semua pihak perlu sedar terdapat kenaikan harga berpotensi berlaku pada tahun hadapan mengikut ramalan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) – yang menyentuh soal pelarasan duti eksasi yang masih belum dimuktamadkan pentadbiran negara.
