Dalam memastikan setiap kanak-kanak miliki akses pendidikan yang sama, Pulau Pinang kini dalam usaha mencapai matlamat sifar keciciran pelajar menjelang tahun 2030.
Biarpun kadar keciciran di Pulau Pinang ketika ini memaparkan peratusan yang kecil namun pentadbiran negeri tidak mahu leka akan status tersebut. Berikutan kemudahan di Pulau Pinang sewajarnya berupaya memastikan setiap kanak-kanak meraih akses pendidikan yang sama, tiada yang tersisih. Setakat ini sekitar 92% kadar kehadiran pelajar ke sekolah dicatat dengan 8% sahaja merekodkan keciciran.
Pada perincian lanjut, daripada 8% itu sekitar 3% hingga 5% adalah mewakili pelajar tahfiz yang meraih pendidikan di institusi yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Manakala baki peratusan itu pula mewakili kumpulan anak-anak yang langsung tidak bersekolah.