Touch ‘n Go Digital (TNG Digital) bersama Kakitangan.com kini mencapai kerjasama dengan menawarkan penyelesaian buat majikan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi melunaskan pembayaran gaji pekerja mereka.
Kerjasama ini akan membolehkan majikan guna platform Kakitangan.com untuk membayar gaji pekerja secara pukal terus ke akaun TNG eWallet para pekerja. Pembayaran ini difahamkan akan melalui sistem DuitNow Bulk Transfer yang membolehkan pindahan dana lebih cekap serta selamat dari mana-mana sistem pengurusan tunai bank.
Akses ini tidak sekadar memudahkan tetapi turut mengatasi beberapa isu pembayaran gaji khususnya melibatkan pekerja asing dan golongan pekerja yang tidak memiliki akaun bank. Bersama TNG eWallet, kumpulan pekerja ini dapat meraih lebih banyak khidmat kewangan seperti pemabyaran QR, simpanan serta pengeluaran tunai menerusi kad Visa TNG.