Artikel

53% Peniaga Kecil Masih Kekal Guna Tunai, Tatkala Sokongan Digital Semakin Meluas – Visa

Semua pihak ketahui perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan nadi utama ekonomi Malaysia, di mana menyumbang 97% daripada keseluruhan perniagaan dan menyediakan hampir separuh (48%) daripada pekerjaan di pasaran negara. Biarpun memiliki peratusan tertinggi pada kapasiti ekonomi, PKS dilihat masih kekal berdepan cabaran khususnya tekanan kos libatkan operasi (57%), pekerja (52%) dan inflasi tinggi (55%). Perihal ini sekaligus merencatkan kemajuan operasi terutamanya pada pasaran semasa.malaysia

 

Maka untuk menangani tekanan sedemikian, Visa kini tampil dengan ciri pembayaran Sentuhan Pada Telefon Pintar (Tap-to-Phone) – yang mana memudahkan aliran pembayaran bersama peniaga dicapai dengan kos yang lebih rendah.

Ciri pembayaran ini jelas Visa amat relevan untuk populasi besar penjaja jalanan di Malaysia, yang kebanyakannya berdepan isu terhad dalam perolehan akaun bank, kredit, dan perkhidmatan kewangan lain susulan latarbelakang kewangan yang tidak konsisten. Penyelesaian ini tidak sekadar mengurangkan halangan kemasukan bagi penjaja jalanan, tetapi turut bolehkan penjaja mempelbagaikan aliran pendapatan mereka dan meningkatkan operasi perniagaan keseluruhan.

Usaha ini wajar menurut Visa, berikutan masih terdapat 53% peniaga kecil kekal menggunakan tunai pada operasi perkhidmatan. Walaupun kadar ini dilihat lebih kecil berbanding perluasan digital yang semakin rancak kalangan perniagaan sederhana namun jumlah ini harus dikurangkan untuk tingkatkan kecekapan PKS secara menyeluruh. Setakat ini penggunaan transaksi bank telah mencapai 61% kalangan PKS, diikuti penggunaan dompet digital (46%) dan kad kredit korporat (42%).

Lebih menarik sekitar 87% PKS optimis untuk sedia tambahbaik sokongan digital pada operasi diikuti 67% pula bersedia melabur meningkatkan kemahiran digital bersama kalangan pekerja mereka. Dengan matlamat itu, ini dijangka akan beri pulangan yang baik tidak sekadar tahap produktiviti yang cekap kepada PKS bahkan turut membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia secara berkala.