Selain memiliki tempat pelancongan yang menarik, Malaysia juga terkenal akan keunikan dan kelazatan makanannya di pasaran. Dengan kelebihan ini, redBus hari ini secara rasminya perkenalkan ciri Peta Makanan Malaysia (Food Map) pada aplikasi mereka – iaitu membantu pelancong negara meneroka tempat-tempat makanan tempatan yang menarik di sepanjang laluan perjalanan bas mereka!
Usaha ini sekaligus tidak sekadar menjadi ciri interaktif kepada pengguna bahkan turut membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi setempat.
Dengan pelancaran itu, aplikasi redBus tidak sekadar platform yang membenarkan pengguna untuk membeli tiket bas mahupun feri semata tetapi turut membantu pengguna menikmati pengalaman perjalanan yang lebih menarik dengan meneroka ekonomi setempat. Maka untuk kemudahan itu, para pengguna boleh memasuki aplikasi redBus dan cari ikon Food Map di bahagian utama aplikasi dan boleh menggunakan fungsi carian untuk melihat cadangan destinasi makanan anda di lokasi berkaitan. Selamat meneroka!
