Setelah menjayakan beberapa sidang antarabangsa, kelak Malaysia sekali lagi akan menjadi tumpuan pada pelaksanaan sidang ASEAN Change Management 2025 (ACMC) yang akan dilaksanakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 2 Oktober ini.
Bertemakan peningkatan hasil dan komitmen laksana perubahan, sidang bersama rakan strategik Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) ini dijangka akan mendorong penyertaan lebih 500 pemain korporat serantau yang memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam arena ekonomi dunia.
Menerusi penganjuran tersebut ia secara langsung akan memperlihatkan pelbagai sesi perkongsian bersama pengamal industri dan meraih lebih banyak peluang berhubung pendekatan penyelesaian dalam sektor ekonomi semasa. Antara bidang yang akan menjadi tumpuan persidangan adalah inovasi, budaya sesebuah organisasi, psikologi, asas kepimpinan, serta penerapan digital pada pasaran semasa.
Dengan tumpuan skop sedemikian ia secara langsung tidak sekadar membantu Malaysia memahami akan keperluan pengurusan di peringkat organisasi tetapi turut berganding bahu bersama pemain ekonomi serantau dalam mencari penyelesaian secara bersama untuk kekal berdaya saing di pasaran global.