Bermula 16 julai ini, semua peniaga di Shopee Malaysia kenakan caj tambahan RM0.50 sen bagi setiap jualan yang berjaya di bawah Yuran Sokongan Platform.
Pengenaan ke atas kumpulan penjual ini untuk makluman tidak termasuk akan caj SST 8%, dengan pengenaannya akan dilaksanakan secara automatik pada hasil jualan sebelum baki tersebut dipindahkan ke akaun penjual.
Biarpun tindakan ini memberi kesan kepada kumpulan penjual semata namun ia secara tidak langsung turut berpotensi membebankan pengguna khususnya kumpulan yang membeli produk berharga rendah. Setakat ini pengenaan tersebut menurut Shopee akan dikecualikan pada penjualan produk di bawah Fullfilled by Shopee Program. Pengecualian itu difahamkan tertakluk pada tempoh 120 hari dan pengecualian caj ke atas 100 tempahan pertama sahaja. Tidak hanya itu pengecualian turut diberikan kepada penjual baharu pada tempoh yang sama.
Buat perhatian penjual, anda boleh menyemak pengenaan caj tersebut pada bahagian aplikasi di butang Hab Penjual seterusnya ke bahagian Pendapatan dan Invois Cukai. Pada segmen tersebut, para penjual akan lebih memahami bagaimana pemotongan hasil dan pengenaan caj dilaksanakan.