Artikel

Zurich Malaysia Perkenal Z Buddy – Bantu Ejen Kongsi Maklumat Insurans Bersama Sokongan AI

Penerapan sokongan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dilihat semakin meluas merentasi pelbagai industri, perihal ini sekaligus menuntut Zurich Malaysia turut sama memanfaatkan kemudahan tersebut bersama ejen dan pelanggan mereka. Berdasarkan komitmen itu, Zurich Malaysia kini perkenal Z Buddy iaitu pembantu AI, yang akan membantu ejen insurans berkaitan perkongsian maklumat insurans menerusi aplikasi Whatsapp.

Pengenalan itu jelas Zurich Malaysia, akan perkasakan peranan ejen dalam memberi maklum-balas yang lebih cekap berkaitan produk perlindungan bersama pengguna.

Pada fasa awal, Z Buddy dijelaskan akan membantu ejen menjawab pertanyaan berhubung beberapa isu insurans dan takaful. Ini meliputi penjelasan berkaitan perlindungan perjalanan, kenderaan, prosedur tuntutan serta maklumat am berkait produk perlindungan. Lebih menarik ciri Z Buddy ini akan ditambahbaik kelak – dengan membolehkan peranannya mengendali keperluan pengguna yang lebih kompleks termasuklah menjana sebut harga insurans dan takaful kepada pengguna.

Bersama perkembangan itu, ia dilihat sebagai langkah penting Zurich Malaysia dalam melengkapkan sokongan pintar bersama kumpulan pengedar mereka. Untuk pastikan segala keperluan pengguna selari dengan perubahan pasaran semasa.