Prestasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ketika ini diperjelaskan tidak meraih sebarang keuntungan berikutan masih tidak mencapai pulangan modal pada tindakan operasi khidmat komuter. Situasi itu berpotensi dicapai jika harga tambang komuter dilaras naik, tidak rendah sebagaimana yang ditetapkan ketika ini.
Namun Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan tindakan itu tidak akan dilaksanakan ketika ini susulan sedari ramai pengguna akan terkesan.
Maka adalah tidak wajar untuk segelintir pihak pertikaikan prestasi KTMB berikutan ia adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLIC). Yang meraih dana kerajaan dan perlu penuhi peranan sosial yang tinggi serta tingkatkan kualiti khidmat komuter dan tren elektrik (ETS) di pasaran semasa.
Penyelesaian faktor sedemikian dijangka akan membantu operasi KTMB meraih keuntungan secara berkala biarpun lebih perlahan berbanding operasi syarikat lain.
Secara menyeluruh KTMB memiliki keuntungan sendiri khususnya segmen kargo yang jelas beri pulangan kepada operasi. Akan tetapi pulangan tersebut digunakan untuk menampung kos operasi lain yang alami defisit seperti komuter. Maka secara langsung menyebabkan tiada perolehan keuntungan yang tinggi pada operasi menyeluruh.