Berkuat kuasa hari ini (14 Julai), pengguna Maybank kini boleh menukad had pemindahan dana secara terus dari aplikasi MAE mereka. Kemudahan ini jelas Maybank adalah tindak balas perbankan dalam meningkatkan kecekapan khidmat perbankan bersama pengguna Malaysia.
Jadi berdasarkan pengumuman itu, semua pengguna aplikasi MAE boleh merujuk kepada aplikasi anda di bahagian Tetapan dan pilih butang Had Pindahan/Transfer Limit. Pada ciri itu, pengguna boleh pilih jenis pemindahan dana yang ingin ditukar oleh anda. Setelah pemilihan dibuat pengguna perlu menekan butang Simpan Perubahan/Save Changes dan perlukan sahkan perubahan tersebut dengan lalui pengesahan Secure2u.
Pengesahan ini bagaimanapun hanya tertakluk jika pengguna menaikkan had pemindahan dana berbanding had semasa.
Setelah melengkapkan segala perubahan had pemindahan tersebut – Maybank memberi peringatan, jika anda naikkan had pemindahan dana maka langkah ini memerlukan pengguna untuk melalui tempoh bertenang selama 12 jam. Prosedur ini penting untuk memastikan akaun bank pengguna meraih tahap perlindungan keselamatan yang tinggi. Selepas tempoh bertenang 12 jam ini tamat, maka pengguna akan menerima notifikasi pada aplikasi MAE dan mesej bahawa aplikasi tersebut sudah boleh diguna seperti biasa.