Rundingan berhubung tuntutan hasil Sabah sebanyak 40% di bawah Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 dimaklumkan penyelesaiannya akan diumum pada 12 September ini.
Buat pengetahuan umum, tuntutan ini melibatkan pelbagai isu berkaitan hak istimewa Sabah selaku rakan pembentuk Malaysia. Secara mudahnya tuntutan ini adalah tertakluk di bawah MA63 perkara 112c dan Perlembagaan Persekutuan yang melaraskan Sabah seharusnya menerima geran khas yang mewakili 40% daripada jumlah hasil bersih yang diperolehi Persekutuan dari Sabah.
Ini bermakna, Persekutuan seharusnya mengembalikan 40% daripada hasil yang dikutip dari Sabah kepada negeri itu semula. Bagaimanapun ketika ini fasa semakan masih diperingkat rundingan dan akan dimaklumkan status penyelesaiannya pada September kelak. Kata sepakat ini penting untuk kedua pihak dalam menjalankan tanggungjawab pengurusan kewangan antara Persekutuan dan Negeri.