Artikel

Rakyat Malaysia Manfaat Dompet Digital, Kini Transaksi Melonjak 70% – Kepada RM21.5 Bilion

Bersama perkembangan sektor perdagangan semasa, kini dilihat lebih ramai rakyat Malaysia mula memanfaatkan saluran nirtunai (tanpa tunai) sebagai pilihan transaksi mereka. Ini dapat diperlihat pada lonjakan transaksi dompet digital yang melonjak 70.2% kepada RM21.5 bilion setakat Mei 2025 lalu. 

Peningkatan aliran ini menurut Jabatan Perangkaan (DOSM) turut diperlihat pada pembayaran secara serta-merta menerusi sistem pembayaran runcit masa nyata (RPP) yang merekodkan jumlah RM289.4 bilion di pasaran semasa. Diikuti transaksi secara Financial Process Exchange (FPX) berkembang sebanyak 21.1% kepada RM39.2 bilion berikutan peningkatan aktiviti perbankan atas talian.

Sementara transaksi menggunakan kad kredit pula kekal stabil dengan rekod RM18.7 bilion dan kad debit pula catat pertumbuhan 8% kepada RM14.1 bilion.

Perkembangan ini mencerminkan saluran pembayaran di Malaysia terus berdepan dengan pelbagai perubahan dan pendekatan digital baharu – yang sekaligus menyaksikan infrastrukutr pembayaran di negara jadi lebih mudah dan cekap kepada pengguna Malaysia.