Untuk memastikan persekitaran pekerjaan kekal harmoni dan bebas tindakan negatif – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelak akan perkenalkan Garis Panduan Pengurusan Buli di operasi klinik dan hospital kerajaan, mulai Oktober ini.
Pengenalan garis panduan itu akan menyokong sistem MyHelp iaitu medium yang membolehkan petugas kesihatan laksana aduan berhubung tindakan pembulian yang didepani mereka. Untuk makluman sistem ini telahpun diperkenalkan sejak Oktober 2022. Akan tetapi berdasarkan rekod, daripada 355 aduan yang diterima MyHelp hanya 4 aduan yang didapati berasas dan diambil tindakan oleh KKM.
Berbalik kepada pelaksanaan itu,KKM menjelaskan panduan tersebut akan memperincikan pendekatan pelaporan kes buli bersama langkah pencegahan dan tindakan ke atas individu, organisasi terlibat. Usaha ini secara terus akan meningkatkan ekosistem pekerjaan yang lebih baik pada sektor kesihatan awam di masa hadapan.