Kesan pencemaran alam sekitar khususnya melibatkan kualiti udara dan air yang semakin serius – Vietnam kelak mengambil langkah drastik dengan bertindak melarang motosikal bahan api fosil mulai 1 Julai 2026 ini – pada kawasan pusat bandar Hanoi.
Larangan pengangkutan tersebut untuk makluman akan dilaksanakan secara berperingkat, bagi peringkat awal larangan ini akan melibatkan kawasan pusat bandar di Lingkaran Jalan 1.
Jelas pentadbiran Vietnam, larangan tersebut akan diperluaskan ke Lingkaran Jalan 2 mulai 1 Januari 2028 dan seterusnya pada tempoh tersebut kategori pengangkutan berpotensi diperluaskan dengan melarang penggunaan kereta persendirian yang menggunakan petrol pula pada kawasan terlibat. Vietnam menjangkakan larangan ini dikuatkuasa secara menyeluruh pada tahun 2030, yang turut melarang kenderaan sedemikian memasuki Hanoi melalui Lingkaran Jalan 3.
Dengan sasaran ini ia tidak sekadar meningkatkan tahap kesejahteraan penduduk bandar tetapi menamatkan status bandar Hanoi selaku bandar utama yang sering tersenarai selaku antara bandar paling tercemar di dunia serta mengurangkan isu kesesakan lalu lintas di bandar tersebut.