Syarikat induk disebalik Uniqlo, iaitu Fast Retailing kini memberi amaran awal akan potensi kenaikan harga produk di bawah operasinya – berikutan akan berdepan tekanan tarif import Amerika Syarikat (AS) mulai akhir tahun ini.
Jelas Fast Retailing pada perkongsian prestasi pendapatan suku tahunan kumpulan, tindakan agresif AS ini tidak sekadar merencatkan pengalaman membeli-belah di pasaran AS bahkan turut akan memberi kesan kepada pengguna pasaran utama lain.
Kesan tekanan tarif itu dilihat menyukarkan kumpulan untuk menyerap keseluruhan kos tambahan dan pendekatan menaikkan harga jualan adalah langkah utama yang akan diteliti untuk memastikan kesejahteraan hasil operasi tidak terjejas di pasaran hadapan.
Buat pengetahuan umum, biarpun kumpulan ini tidak memperincikan pasaran mana yang terkesan namun ia secara langsung turut akan menjejaskan pasaran Asia Tenggara berikutan rantau ini menjadi antara sokongan penghasilan produk Uniqlo di pasaran AS selain tenaga di Asia Selatan.