Artikel

Moomoo Kini Miliki Lebih 1 Juta Pengguna – Di Pasaran Pelaburan Malaysia

Moomoo Securities Malaysia hari ini mengumumkan pihaknya telah berjaya melepasi 1 juta pengguna berdaftar – yang sekaligus memaparkan corak pelaburan di Malaysia semakin membrangsangkan susulan keterbukaan mereka pada penyertaan pelaburan berasaskan data dan teknologi.

Buat pengetahuan umum, sejak memasuki pasaran negara Moomoo telahpun perkenalkan pelbagai inovasi bagi menjadikan arena pelaburan negara bertaraf profesional selain memastikan ia mudah diakses oleh setiap pengguna. Antaranya menawarkan pelabur Malaysia makluman dan data pasaran masa nyata yang menyeluruh, akses lancar ke pasaran AS, Hong Kong, saham AChina, Singapura, dan Malaysia, serta pelbagai instrumen — termasuk ekuiti, REIT, dan waran. Tidak hanya itu ciri integrasi seperti pelaburan pecahan saham (fractional-shares), Cash Plus, dan pelan simpanan automatik, kemampuan ini turut membolehkan pelabur membina portfolio yang lebih berdaya tahan di pasaran semasa. 

Selain itu penampilan sokongan Moomoo AI turut meningkatkan lagi ciri pelaburan yang lebih mudah apabila membantu pengguna menganalisis saham, mengenal pasti trend, dan memahami data pasaran yang kompleks dengan lebih baik.

Menerusi sokongan sedemikian, ia dilihat telah mengukuhkan komuniti pelabur Moomoo dengan lebih 26 juta ahli yang berkongsi pandangan, strategi, dan perspektif pasaran dalam ruang yang selamat dan terjamin.