Artikel

Selangor Kini Bangunkan Super App – Sasar Satukan Pelbagai Khidmat Awam

Bagi memudahkan penduduk negeri mengetahui dan meraih akses khidmat awam yang lebih luas – Selangor kini sedang membangunkan satu aplikasi digital menyeluruh ataupun Super App untuk pasaran semasa.

Pelaksanaan Super App ini untuk makluman, akan perlihatkan penyatuan kesemua khidmat awam antaranya pengangkutan awam seperti SmartSelangor RapidKL, serta transit respons permintaan (DRT) dan kemudahan khidmat lain.

Tidak sekadar itu, terdapat potensi untuk mengintegrasikan khidmat seperti pembayaran digital dan perluasan capaian kepada aplikasi kesihatan awam.

Usaha ini menurut perkongsian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, akan membantu pentadbiran persekutuan dalam menyelaraskan data khidmat pengangkutan awam di peringkat negeri. Langkah ini akan membantu pengguna meraih pengalaman perjalanan yang lebih lancar di masa hadapan.