Artikel

Penetapan Had Umur Belia Malaysia Kepada 30 Tahun – Kekal Dikuatkuasakan 1 Januari 2026 

Sebagaimana yang dirancang, kerajaan Malaysia kini memberi penegasan baharu penetapan had usia belia sehingga 30 tahun akan kekal dikuatkuasakan pada 1 Januari 2026 kelak.

Aturan penurunan had umur ini menurut Kementerian Belia dan Sukan telah diselaraskan bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 pada 1 Januari 2026. Ini bermakna, pada tempoh tersebut – had usia belia negara tidak lagi sehingga 40 tahun seperti penakrifan semasa.

Namun KBS kekalkan peranan mereka dengan memastikan segala bantuan yang terkait pada had usia belia ketika ini kekal tersedia buat kumpulan belia negara.

Selain fokus itu, KBS turut menyeru pertubuhan belia yang terlibat untuk laksana pindaan perlembagaan sebagai langkah persediaan akan pelaksanaan had umur 30 tahun tersebut. Setakat ini daripada 8,272 pertubuhan belia berdaftar, sekitar 865 (10%) sahaja yang telah laksana tindakan tersebut.