Pasaran ekonomi Malaysia terus memperlihatkan perkembangan yang baik meskipun berdepan cabaran ekonomi dunia – antaranya perlihatkan bilangan penganggur di Malaysia menurun kepada 522,400 individu dengan kadar pengangguran 3.0%.
Prestasi ini menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) diimbangi dengan penawaran pekerjaan yang membrangsangkan, setakat ini terdapat 16.86 juta penduduk bekerja di Malaysia. Ia mewakili 12.6 juta individu berstatus pekerja, diikuti 3.18 juta pula bekerja sendiri, 465,600 individu pula merupakan pekerja keluarga dan 559,700 pula berstatus majikan.
Pada taburan itu, DOSM dapati kini penduduk negara lebih terbuka akan penyertaan arena pekerjaan semasa apabila melihat lebih 3 juta individu memilih untuk bekerja sendiri berbanding di bawah sesebuah organisasi.
