Pada langkah mempelbagaikan portfolio produk jenama – Ferrero kini dilihat dalam rundingan akhir untuk membeli unit perniagaan bijirin di Amerika Utara di bawah kumpulan Kellogg, iaitu WK Kellogg. Tindakan meneroka pasaran baharu selain produk yang tertumpu kepada coklat dan manisan, langkah Ferrero itu dilihat turut akan meluaskan jejak jualan mereka di pasaran tersebut.
Mengikut laporan The Wall Street Journal, rundingan ini berpotensi melibatkan nilai urus niaga sekitar $3 bilion dan dijangka ia berpotensi dimuktamadkan pada minggu ini.
Sekiranya kesepakatan berjaya dicapai, ini akan menjadi antara perkembangan menarik pada industri makanan global dengan kemasukan Ferrero selaku pesaing baru pada industri bijirin sarapan pagi. Buat pengetahuan umum selain unit perniagaan ini, Kellog memiliki unit perniagaan yang tertumpu kepada penjualan snek dan penjualan bijirin antarabangsa – iaitu di bawah pengendalian Kellanova. Dengan peralihan tersebut ini akan meningkatkan tumpuan operasi pemasaran di peringkat global.