Artikel

Maybank, RHB Turunkan Kadar Asas Dan Pinjaman Asas – Mulai 11 Julai Ini

Selari dengan pelarasan turun Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% – beberapa perbankan kini mula memaklumkan penurunan pada Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas (bpr) mulai minggu ini dan minggu hadapan. Antaranya Maybank dan RHB Bank memaklumkan penguatkuasaan penurunan itu mulai 11 Julai ini. 

Jelas notis Maybank, kadar asas bank dikurangkan daripada 3% setahun kepada 2.75% sementara kadar pinjaman asas pulan diturunkan daripada 6.65% setahun kepada 6.40% setahun.

Diikuti RHB Bank pula menjelaskan kadar asas standard diturunkan kepada 2.75% setahun daripada 3%, diikuti kadar asas pula diturunkan 3.50% (sebelumnya 3.75%) dan kadar asas pinjaman pula diturunkan daripada 6.70% kepada 6.45%.

Selain Maybank dan RHB Bank – terdapat beberapa bank komersial lain turut memaklumkan penurunan kadar SBR, BR dan BLR. Antaranya Bank Islam pada 10 Julai (hari ini) dan Alliance Bank pada 15 Julai ini. 

Apa Jadi Bila Kadar SBR, BR dan BLR Turun?

Secara asasnya penurunan kadar ini akan memberi manfaat kepada kos pinjaman pengguna khususnya buat kumpulan pinjaman berkadar terapung seperti perumahan, pinjaman peribadi serta kenderaan. Di mana bayaran ansuran bulan akan lebih rendah dan kesan penurunan tersebut berupaya membawa kepada kemampuan berbelanja serta melabur dengan lebih tinggi.

Penurunan kadar ini secara langsung akan menyokong aliran perbelanjaan dalam ekonomi negara – dengan mengurangkan beban tanggungan kewangan peminjam.