Artikel

Curlec Kini Perluas Akses Pembayaran Bersama 6 Juta Pengguna Malaysia – Menerusi Integrasi ShopBack Pay

Dalam perkembangan terbaharu – ShopBack iaitu platform pulangan tunai, kini secara rasminya bekerjasama dengan Curlec by Razorpay bagi perkasakan pengalaman membeli-belah secara atas talian kepada pengguna pasaran Malaysia.

Kerjasama ini bermakna Curlec kini menyokong ShopBack Pay, membolehkan peniaga yang menggunakan perkhidmatan Curlec untuk menawarkan pilihan pembayaran kepada pelanggan mereka. Bagi peniaga, ini membuka peluang kepada lebih 6 juta pengguna ShopBack di Malaysia yang sentiasa mencari tawaran terbaik, diskaun, dan yang paling penting faedah pulangan tunai di pasaran.

Kebersamaan ini sekaligus tidak sekadar meluaskan kapasiti promosi tetapi turut memberi nilai tambah kepada pengalaman pengguna – dengan berbelanja secara bijak bersama sokongan ganjaran. Akses ini akan meningkatkan kuasa beli mereka secara berkala tanpa terjejas dengan tekanan kos semasa.