Bertindak balas akan pengenaan tarif import Amerika Syarikat (AS) yang dimaklumkan paras 25% – Malaysia kini nekad melaksana rundingan semula bersama AS untuk pertimbangan penurunan kadar tersebut, sebelum ia dimuktamadkan Ogos ini.
Tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ketika ini pentadbira telahpun menghantar wakil rundingan untuk semakan tarif tersebut. Langkah ini adalah penting berikutan selaku negara dagangan sebanrang kesan negatif yang didepani ekonomi negara pastinya akan memberi kesan kepada pasaran rantau ini.
Maka permohonan pertimbangan kadar ini sedang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan pasaran Malaysia kekal terjamin. Buat pengetahuan, tarif 25% ini adalah 1% lebih tinggi berbanding apa yang ditetapkan AS sebelum ini iaitu 24%. Kenaikan tarif itu sekaligus akan menyebabkan semua produk Malaysia yang dieksport ke AS akan menjadi lebih mahal mulai Ogos kelak.