Artikel

Mydin Maklum Harga Barang Akan Naik – Secara Berkala Mulai Ogos Ini

Perluasan skop dan pelarasan kadar ke atas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikuatkuasakan pada 1 Julai lalu secara jelas akan memberi impak ke atas sebilangan produk jualan di pasaraya negara – ini termasuklah pada jualan di Mydin.

Kenaikan harga jualan ini menurut Mydin akan alami peningkatan secara beransur susulan stok sedia ada masih tersedia di pasaraya tersebut yang kekal menyediakan harga sebelum perluasan SST. Tetapi jelas pihaknya pada laporan bersama SinarHariankenaikan ini akan diperlihat setelah stok baharu memasuki pasaraya tersebut, yang dijangka mulai Ogos ini.

Tindakan ini diakui tidak dapat dielakkan susulan perluasan SST akan mendorong pembekal yang terkesan untuk meningkatkan harga produk mereka dan dijelaskan kenaikan ini tertumpu kepada produk import bukan pada produk tempatan.

Namun Mydin menegaskan pelaksanaan tersebut akan dilaksana secara wajar tanpa membebankan pengguna dan tidak sewenangnya menaikkan harga di pasaran semasa.