Artikel

Maybank: Khidmat ATM, MAE Dan Maybank2U Biz Akan Tergendala Pada 12 Julai Ini Sehingga Jam 8 Pagi

Dalam memastikan kelancaran pengguna khidmat perbankan terus diraih pengguna, Maybank memaklumkan sebilangan perkhidmatannya akan mengalami gangguan susulan tindakan penyelenggaraan yang dijadualkan pada 12 Julai ini.

Menurut notis Maybank, penyelenggaraan ini akan bermula antaranya dari jam 12 tengah malam dan 3 pagi sehingga 8 pagi pada hari Sabtu, 12 Julai. Tempoh ini akan menyaksikan beberapa perkhidmatan digital dan fizikal Maybank tidak dapat diakses atau berfungsi sepenuhnya. Ini antaran perkhidmatan yang akan terkesan:

  • Aplikasi MAE
  • Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi mudah alih)
  • Perkhidmatan ATM
  • DuitNow
  • JomPay
  • FPX
  • Interbank GIRO (IBG)

Berikutan itu, sebarang pemindahan wang segera, pembayaran bil, atau transaksi antara bank melalui platform digital akan sukar dilakukan sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.

Keperluan penyelenggaraan ini jelas Maybank adalah amalan asas yang harus dilaksanakan perbankan bagi memastikan sistem perbankan kekal stabil, selamat, dan berfungsi dengan optimum. Penambahbaikan dan kemas kini ini juga penting untuk meningkatkan pengalaman pengguna serta memperkenalkan ciri-ciri baharu pada masa hadapan. Walaupun ia menyebabkan sedikit kesulitan sementara, faedah jangka panjangnya adalah demi kebaikan semua pengguna.