Artikel

Syarikat Zon Ekonomi Johor Kini Diseru – Bersedia Tawar Gaji Minima RM4,000

Selaras dengan gagasan Johor yang ingin menetapkan paras pendapatan tinggi buat kumpulan pekerja negeri- Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kini menyeru agar syarikat-syarikat terlibat bersedia menawarkan gaji minima sebanyak RM4,000.00 bagi graduan lepasan universiti di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Tindakan ini bagi menjamin kesejahteraan tenaga kerja serta menarik bakat bernilai tinggi pada pasaran semasa.

Tidak hanya itu, syarikat-syarikat sedia ada juga digalakkan untuk meneliti semula struktur gaji dan mempertimbangkan kenaikan gaji minima buat para pekerja tempatan mereka di Johor. Adanya pemerkasaan tersebut ia sekaligus meningkatkan kapasti kuasa beli pengguna di samping meningkatkan aliran perbelanjaan ekonomi negeri.