Artikel

Xpats Gateway Kini Mudahkan Proses Lulus Pas Ekspatriat Kepada 10 Hari – Di Pasaran Malaysia

Malaysia telah mengambil langkah besar untuk memperkemaskan proses pengambilan ekspatriat mahir dengan pelancaran rasmi integrasi platform Xpats Gateway. Inisiatif ini bertujuan untuk merevolusikan cara syarikat merekrut bakat global, mengurangkan tempoh kelulusan yang dahulunya boleh memakan masa yang lebih lama kini dilaksanakan dengan lebih singkat dan mudah.

Perihal itu antaranya memperlihatkan integrasi bersama Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan MYFutureJobs ke dalam Xpats Gateway. Di mana usaha ini membolehkan tempoh memproses kelulusan Pas Penggajian Ekspatriat (EP) yang sebelum ini mengambil masa 40 hari kini dipendekkan kepada 10 hari bekerja.

Langkah ini secara jelas menunjukkan komitmen Malaysia untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan asing dan pertumbuhan ekonomi. Dengan mempercepatkan proses pengambilan bakat asing yang penting, platform ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ekonomi yang bersedia untuk penyertaan peluang baharu.

Bersama insiatif itu ia dijangka akan menarik lebih banyak syarikat multinasional untuk menubuhkan atau mengembangkan operasi mereka di negara ini.

Ekspatriat merujuk kepada kumpulan penduduk bukan warga negara yang bekerja di negara asing pada kategori profesional.