Bermula pertengahan bulan ini, 15 Julai 2025 – pengguna Bank Islam perlu menggunakan BIMB Secure bagi mengesahkan transaksi atas talian melibatkan kad debit, kad kredit dan pembayaran pada e-dagang. Langkah yang harus dilaksanakan melalui aplikasi BIMB Mobile ini secara langsung bertujuan menaiktaraf kualiti sekuriti perbankan dan melindungi pengguna dari sebarang aktiviti penipuan transaksi.
Makluman ini bermakna ciri BIMB Secure akan menggantikan pendekatan pengesahan kata laluan sekali (SMS OTP). Dengan peralihan itu, para pengguna Bank Islam dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi BIMB Secure bagi mengaktifkan ciri BIMB Secure ini.
Bersama perubahan itu, ia secara langsung akan meningkatkan kecekapan transaksi pengguna di masa hadapan selari dengan matlamat yang digariskan Bank Negara Malaysia (BNM).