Tarif baharu Amerika Syarikat (AS) dijangka akan berkuat kuasa pada 1 Ogos ini sekiranya tiada sebarang perjanjian perdagangan dicapai melibatkan rundingan bersama Taiwan dan rakan Kesatuan Eropah.
Notis daripada Setiausaha Perbendaharaan AS ini secara langsung menuntut untuk semua negara berkaitan untuk bersedia akan pelarasan tersebut. Seperti yang umum ketahui pada 2 April lalu, Donald Trump telah mengumumkan pengenaan tarif import ke atas semua negara dengan kadar asas 10% dan 10% ke atas untuk sejumlah lebih 60 buah negara termasuklah Malaysia dengan pengenaan 24% tarif import AS.
Namun berikutan terdapat permintaan rundingan, maka AS bersetuju untuk menangguhkan pengenaan tarif 10% ke atas sehingga 9 Julai ini. Susulan itu, hasil rundingan yang dicapai, AS kini memaklumkan pengumuman paras tarif baharu kini telahpun dihantar secara berperingkat kepada negara terlibat.
Setakat ini, Malaysia masih tidak memberi sebarang perincian berhubung hasil rundingan negara bersama AS. Sementara Thailand dilaporkan kini menawarkan akses pasaran yang lebih tinggi kepada AS pada penyertaan pertanian dan industri untuk mengelakkan pengenaan 36% tarif import, disusuli India pula masih diperingkat rundingan akhir untuk menurunkan pengenaan tarif ke 10%.