Artikel

Vietnam Wajibkan Semua Hospital Laksana Preskripsi Digital – Mulai 1 Oktober Ini

Selain Malaysia, negara jiran Vietnam kini turut dalam usaha meluaskan sokongan pendigital pada sektor kesihatan mereka. Terbaharu, Vietnam dalam usaha mewajibkan semua hospital di negara mereka untuk menyediakan preskripsi digital kepada kumpulan pesakit – mulai 1 Oktober 2025 ini.

Peraturan ini untuk makluman adalah sebahagian daripada pekeliling Kementerian Kesihatan Vietnam dalam mengawal preskripsi dan penggunaan ubat-ubatan pada rawata bersama pesakita luar yang telahpun berkuat kuasa pada 1 Julai lalu.

Untuk peringkat awal, keperluan preskripsi digital ini akan dilaksanakan ke atas seluruh hospital sahaja sebelum diperluaskan kepada penjagaan kesihatan lain seperti klinik swasta menjelang 1 Januari 2026 kelak.

Langkah ini secara menyeluruh akan meningkatkan aspek ketelusan, mengurangkan kesilapan pemberian ubat-ubatan dan menghapuskan preskripsi tulisan tangan yang sukar difaham dan disahkan pada penggunaan semasa.