Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini telah mengemas kini Senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA) buat peringatan kumpulan pelabur yang terlibat. Di mana senarai ini dijelaskan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.
Buat pengetahuan umum, FCA adalah panduan untuk tingkatkan kesedaran orang awam berhubung entiti atau skim yang seiring disalahertikan sebagai wakil sah yang diperakui BNM. Dengan senarai ini, ia secara langsung membantu pengguna menyemak dan melaksanakan penilaian wajar akan status pelaburan yang sedang dilaksanakan.
Berdasarkan notis itu, senarai ini untuk makluman tidak sekadar meliputi syarikat tetapi turut meliputi individu, produk pelaburan dan laman sesawang. Ini 25 senarai yang direkodkan buat perhatian semua pengguna kewangan di pasaran semasa:
- Halal Prosper Venture
213 PB Gold Investment - Ryan Roca Macha
902 Golden Investment Trading - G1001 Luno Investment
- Parker Staudt Scully
500 Luno Malaysia - Vanguard Saham Group
B Wealth Solution 214 - Connor Jared Michael
700 Investment Malaysia - P2Connect
456 PMB Investment Berhad - Abundant Land Trading
- Motion Investment
- First Star Capital (Entiti klon berpotensi)
- The Arabic Way
- State Invest
- LOB Pelaburan
- Chad Gibbons
- Berjaya Tabung Haji (Entiti klon berpotensi)
- Personal Trust
- M Plus Global Investment
- Jamal Boyer Mario
- Financial Trader
- Ciotti Ciara Caitlyn
- BelleoFX Academy
- I3 Investor / I3 Trust Holdings (Entiti klon berpotensi)
- Musaffa Investment (Entiti klon berpotensi)
- AHAM Capital Investment Berhad (Entiti klon berpotensi)
Setia Capital Trading - MYMoneyChangers.com
Jelas BNM, senarai ini akan terus dikemaskini secara berkala maka semua pihak boleh mendapatkan rujukan lanjut dengan layari segmen FCA Bank Negara Malaysia untuk tindakan seterusnya.