Artikel

CIMB Peruntuk Lebih RM100 Juta – Tingkatkan Kemahiran Digital Pekerja Di Malaysia

CIMB Group Holdings kini memaklumkan lebih RM100 juta diperuntukkan kumpulan bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja mereka – khususnya melibatkan arena teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) serta pemahaman kelestarian.

Tindakan ini jelas perbankan adalah selari dengan objektif kumpulan untuk memberi nilai tambah kepada pekerja semasa dalam meningkatkan pertumbuhan operasi dan memberi pulangan khidmat bersama pelanggan.

Untuk makluman umum, setakat 2024 CIMB telah mencatatkan 2.66 juta jam bagi pembelanajran berhubung bidang digital, data dan AI selari dengan keperluan pengetahuan industri kewangan.

Selain mengutamakan perolehan kemahiran yang relevan seiring permintaan pasaran semasa, CIMB turut memaklumkan kini penawaran gaji bulanan semua petugasnya adalah lebihi paras kehidupan wajar nasional iaitu RM3,100 sebulan – sebagaimana yang digariskan pada Panduan Perbelanjaan Belanjawanku oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).