Artikel

SST: MoF Beri Pemain Industri Kelonggaran Kemuka Penyata Cukai Manual Sehingga 30 September Ini

Memahami ramai pemain industri masih dalam fasa penyesuaian berhubung perluasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 Julai lalu – Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan terdapat beberapa kemudahan kini disediakan, antaranya kumpulan pembekal perkhidmatan kini diberi kelonggaran untuk kemukakan penyata cukai secara manual bagi kategori perkhidmatan baharu sehingga 30 September 2025 kelak.

Namun pelaksanaan cukai perkhidmatan (CP) kekal wajib dilaksanakan dalam tempoh tersebut.

Selain itu, pengilang yang telah berdaftar diwajibkan untuk mengenakan dan mengutip Cukai Jualan (CJ) mulai 1 Julai 2025 dan kumpulan ini layak memohon pengecualian ke atas bahan mentah yang digunakan dalam pengilangan barang bercukai melalui portal MySST.

Sementara syarikat yang menerima pengecualian CJ menerusi Jawatankuasa Pengecualian Cukai (JPC) – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MDA) sebelum 1 Julai 2025 pula dijelaskan boleh meneruskan menikmati pengecualian tersebut sehingga tempoh yang ditetapkan.

Dengan makluman ini, diharap ia memberi masa tambahan untuk pemain industri yang terlibat dalam menaiktaraf dan mematuhi sistem percukaian yang dikuatkuasakan. Sebarang tindakan lanjut, semua pemain industri berkaitan boleh merujuk saluran SST pada talian dibawah: