Pada langkah mengukuhkan arena ekonomi digital serantau, selepas Thailand kini sejumlah 83 syarikat teknologi Malaysia telah mencapai kerjasama bagi menembusi pasaran Indonesia. Inisiatif di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melalui program DEX CONNEX – diilihat berpotensi membantu negara menjana lebih RM450 juta menerusi peluang eksport digital.
Berdasarkan pencapaian itu, MDEC menjelaskan sekitar 26 Memorandum Persefahaman (MoU) telah berjaya dimeterai antara syarikat teknologi Malaysia bersama rakan industri Indonesia. Untuk makluman, kerjasama ini meliputi arena seperti keselamatan siber, kecerdasan buatan (AI), penyediaan platform digital dan penghasilan bakat tenaga kerja digital antara dua negara.
Dengan perkongsian ini, ia tidak sekadar mengukuhkan kerjasama ekonomi kedua negara tetapi membuka potensi baharu melibatkan perniagaan dan penambahbaikan pada ekosistem digital kedua pasaran.