Boost hari ini mengumumkan perluasan akses pembayaran QR rentas sempadan dengan kerjasama UnionPay International (UPI) dan Weixin Pay.
Pada akses tersebut, ia tidak sekadar memudahkan pelancong antarabangsa untuk berbelanja di Malaysia tetapi turut membenarkan pengguna Boost laksana pembayaran secara langsung di China dengan hanya mengimbas kos QR Weixin Pay menerusi ciri imbas dan bayar pada aplikasi. Sementara dengan UnionPay, tidak sekadar pasaran China tetapi akses juga turut tersedia untuk pasaran Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam, Kemboja dan Korea Selatan.
Usaha ini secara langsung meningkatkan lagi aliran nirtunai pada perbelanjaan antarabangsa dan mengukuhkan lagi peranan Boost selaku medium digital dalam menyediakan akses kewangan yang lebih mudah untuk semua pengguna.