Artikel

SIRIM Kini Diberi Mandat Lulus Import Sisa Plastik – Ke Malaysia

Untuk mengukuhkan kawal selia berkaitan tindakan import sisa plastik di pasaran Malaysia – kini SIRIM – Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia diberi mandat selaku pemeriksa tunggal dan pengeluar Sijil Kelulusan (COA) untuk import sisa plastik berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Penguatkuasaan ini menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) adalah bertujuan mengawal kemasukan sisa plastik yang dihantar ke Malaysia.

Ini bermakna pengimport yang ingin membawa masuk sisa plastik ke dalam negara boleh merujuk kepada Garis Panduan SIRIM di laman rasmi agensi itu.

Dengan lantikan ini sekaligus akan membantu negara mengawal kemasukan import sisa dan mengatasi aktiviti pengimportan sisa secara haram di pasaran semasa.