Artikel

RUU Pekerja Gig Akan Dibentang Pada Ogos-September Ini – Dijangka Manfaatkan 1.12 Juta Rakyat

Tidak lama lagi, negara perlihatkan langkah pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig di Parlimen akan dilaksanakan seawal Ogos ataupun September ini.

Langkah itu antara lain akan membentuk kerangka perlindungan sosial ke atas lebih 1.12 juta rakyat Malaysia yang terlibat pada sektor ekonomi tersebut. Apa yang menariknya pengenalan akta ini akan menjadi antara yang pertama dilaksanakan bagi melindungi industri ekonomi gig di pasaran tempatan termasuklah antara yang pertama di pasaran global.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, kerangka sosial itu kini menjadi tumpuan pihak berkuasa antarabangsa antaranya Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk mengetahui pengalaman negara dalam penyediaan RUU Pekerja Gig tersebut.

Selain tumpuan pembentangan RUU Pekerja Gig ini, pentadbiran turut merancang memperkenalkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) kelak dan peranan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Usaha ini bertujuan memperkasakan lagi arena ekonomi gig Malaysia secara berkala di pasaran hadapan.