Artikel

SSM, MYNIC Kini Laksana Inisiatif Pendaftaran Domain .COM.MY – Buat Perniagaan Baharu

Dalam usaha menggalakkan penggunaan aset digital tempatan, Kementerian Digital menerusi agensinya MYNIC Bhd kini melaksanakan kerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi penggunaan nama domain .COM.MY bersama kumpulan peniaga baharu di bawah insiaitif Malaysia Business & Companies GO.MY.

Inisiatif yang bermula pada 1 Julai 2025 ini, dilihat akan memudahakan perniagaan baharu yang berdaftar dengan SSM untuk meraih domain .COM.MY dengan proses yang lebih baik. Jelas MYNIC kumpulan peniaga baharu berpeluang meraih nama domain .COM.MY pada harga eksklusif sekitar RM60 setahun berbanding harga runcit biasa RM80.

Jelas MYNIC melalui inisiatif ini hanya melibatkan satu nama domain bagi setiap perniagaan berdaftar dan tidak termasuk kategori nama domain lain seperti .MY, .BIZ.MY, atau .ORG.MY.

Dengan penawaran kos yang lebih rendah ini, ia dilihat akan meningkatkan pernyertaan perniagaan pada penggunaan aset digital tempatan. Bersama penawaran tersebut, kedua pihak menjangkakan lebih ramai PKS menyertai insiatif tersebut di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital hadapan.