Para pemegang Kad Debit CIMB kini diminta untuk bersedia untuk berdepan sebarang kesulitan berhubung tindakan transaksi pada bulan ini. Ia susulan Sistem MyDebit CIMB akan alami gangguan untuk langkah penyelenggaraan berkala perbankan.
Gangguan seketika ini menurut CIMB akan melibatkan tarikh pada 5 Julai 2025 dan 19 Julai 2025 ini. Sistem ini akan tergendala bermula jam 12.01 pagi sehingga 8.00 pagi untuk kedua tarikh tersebut.
Dengan notis tersebut, diharap semua pengguna CIMB akan mengambil langkah alternatif dan merancang urusan transaksi anda dengan lebih awal tanpa sebarang kesulitan pada tempoh tersebut. Bagi memahami perincian lanjut, semua pihak boleh merujuk laman rasmi CIMB untuk langkah seterusnya.
