Bermula 8 Julai sehingga 11 Julai 2025 ini, Malaysia akan laksana penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Maka ke arah pelaksanaan tersebut, Kementerian Luar memaklumkan gangguan trafik dijangka bermula seawal Jumaat ini iaitu pada 4 Julai 2025 di mana kesesakan dalam radius 1km dari kawasan KLCC disasar berlaku diikuti di sepanjang jalan utama dan lebuh raya yang menghubungkan pintu masuk utama ke ibu negara.
Perincian kesesakan itu akan dijelaskan kelak oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lama lagi kepada makluman orang awam.
Berikutan kesulitan itu, semua pihak diminta bersedia akan sebarang kelewatan perjalanan dan tempoh pemanduan yang lebih lama di lokasi berkaitan di ibu negara.