Susulan sebahagian besar kekayaan dan aktiviti ekonomi berpendapatan tinggi di Malaysia tertumpu di beberapa negeri dan wilayah persekutuan – kedudukan ini secara langsung menjelaskan faktor utama mengapa jurang pendapatan mengikut begitu besar di pasaran Malaysia. Tahukah anda setakat tahun 2024, Kuala Lumpur jelas menjadi wilayah yang terus memaparkan nilai pendapatan tertinggi berbanding negeri yang lain dengan merekod RM136,365 per kapita.
Buat pengetahuan nilai KDNK per kapita nasional pada tahun lalu adalah ditetapkan sekitar RM56,734. Maka rekod KL itu secara terus memaparkan jurang yang tinggi akan perolehan pendapatan mengikut negeri.
Selain KL, mengikut data DOSM ini prestasi itu disusuli Labuan dengan rekod RM87,003, Pulau Pinang (RM76,033), Sarawak (RM73,426) dan Selangor (65,907).
Biarpun data ini adalah gambaran pendapatan secara purata dan tidak mengukur secara menyeluruh akan kekayaan mahupun agihan pendapatan sesebuah negeri – namun rekod ini secara jelas menunjukkan jurang pendapatan antara negeri terus meluas. Situasi ini secara langsung menuntut lebih banyak tindakan perluasan aktiviti ekonomi utama di pasaran negeri lain.
