Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan meraih akses perolehan ubat-ubatan yang lebih murah berikutan usaha itu akan dihasilkan menerusi kerjasama antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada sektor farmaseutikal.
Kerjasama ini menurut Kementerian Kewangan (MoF) dicapai hasil pelaksanaan Program Pengaktifan dan Reformasi melibatkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) yang diperincikan pada minggu ini.
Jelas MoF, kedua pihak menjadi antara 6 GLIC yang terlibat pada program tersebut. Di mana LTAT dan PNB akan perkukuhkan pengeluaran farmaseutikal dan biofarmaseutikal tempatan termasuklah penghasilan ubat generik yang mampu milik dan berdaya saing.
Usaha ini selaras dengan kebersamaan MoF dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perbincangan Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS). Yang bertujuan mewujudkan sistem kesihatan yang lebih moden dan berupaya menarik kemasukan pelbagai pelaburan untuk penawaran akses yang lebih adil untuk rakyat negara.
Dengan kerjasama itu, usaha ini turut akan menyokong peranan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah GEAR-uP yang bertindak meluaskan pelaburan dalam bidang kesihatan serta penjagaan warga emas. Peranan ini termasuklah meningkatkan pelaburan dalam menyediakan sokongan teknologi kesihatan mampu milik kepada penduduk Malaysia.