Selari dengan pelarasan tahun 2025 selaku Tahun Penguatkuasaan – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini memaklumkan semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran di Malaysia, diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai 2025 ini.
Jelas notis JPJ hari ini, penguatkuasaan itu terpakai untuk bas yang dibina selepas Januari 2020, sementara bas yang dibina sebelum tahun 2020 pula akan diberi tempoh persediaan untuk laksana pemasangan tali keledar itu.
Maka dengan pelaksanaan peraturan baharu ini, jika didapati kumpulan pemandu mahupun penumpang gagal mengikuti arahan tersebut maka pengenaan saman sekitar RM300 akan dikenakan. Menurut JPJ pihaknya telahpun melaksanakan pelbagai langkah advokasi dan kini perkongsian garis panduan bersama pihak pengendali bas telahpun dijalankan untuk penguatkuasaan peraturan tersebut.
Maka dengan pendekatan ini, disasarkan risiko kemalangan yang lebih tinggi di Malaysia dapat dibendung oleh kenderaan sekiranya pematuhan peraturan ini dipenuhi.