Jemaah Menteri Malaysia kini secara rasminya bersetuju memilih Datuk Seri Amir Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan II memikul tanggunjawab portfolio Menteri Ekonomi pada pentadbiran semasa.
Peranan ini digalas berikutan peletakan jawatan yang dilakukan mantan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada 17 Jun lalu.
Jelas notis Jemaah Menteri hari ini, pelantikan tersebut berkuat kuasa serta-merta dan Datuk Amir Hamzah kini miliki peranan utama dalam mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) sebelum dibentangkan pada sidang Parliamen 31 Julai ini.