Setelah meraih banyak aduan dan kegusaran penduduk Malaysia berhubung perluasan dan semakan kadar pada cukai perkhidmatan dan jualan yang berkuat kuasa 1 Julai ini – kerajaan memutuskan untuk mengecualikan buah epal dan oren import dari perluasan SST tersebut.
Tindakan ini menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) pada pelancaran Kota Madani hari ini – adalah relevan susulan kategori barangan tersebut adalah antara bahan yang sering dibeli oleh masyarakat Malaysia.
Biarpun langkah ini seolah bercanggah dengan matlamat negara untuk mengukuhkan permintaan pertanian tempatan namun pengecualian tersebut dilihat suatu perkara yang penting dalam meningkatkan tahap keselamatan makanan di Malaysia.