Artikel

Harga RON97, Diesel Di Semenanjung Kini Naik 7 Sen 

Selaras dengan kenaikan harga pasaran minyak dunia, pentadbiran melalui Kementerian Kewangan (MOF) kini memaklumkan harga runcit RON97 adalah RM3.21 seliter, diikuti harga runcit diesel di Semenanjung pula RM2.88 seliter. Pelarasan harga ini menunjukkan berlakunnya kenaikan 7 sen bagi tempoh 26 Jun sehingga 2 Julai 2025. 

Pelarasan ini menurut MOF dilaksanakan seiring dengan penetapan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism untuk mingguan. Sementara harga petrol RON95 pula dimaklumkan kekal pada paras RM2.05 seliter, diikuti harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Dengan penetapan itu, kerajaan memaklumkan segala perubahan harga minyak mentah dunia akan terus dipantau secara berkala dan tindakan selanjutnya akan disesuaikan mengikut keperluan negara serta kesejahteraan rakyat pada pasaran semasa.