Bertepatan dengan usaha Malaysia untuk menambahbaik sistem percukaian bersama sokongan digital – Maybank kini memaklumkan mulai 1 Julai 2025, para pengguna boleh mengakses dan melihat e-Invois anda melalui aplikasi MAE, aplikasi M2U Biz serta laman web M2U Biz.
Akses e-Invois ini jelas Maybank merangkumi seluruh transaksi caj bank, fi dan faedah yang dibayar mahupun diterima oleh Maybank menerusi saluran yang dimaklumkan.
Namun untuk meraih akses e-Invois ini, semua pengguna perlu membuat permohonan melalui saluran digital Maybank dan melengkap beberapa keperluan proses. Untuk pengguna aplikasi MAE, anda boleh pergi ke bahagian Quick Actions dan klik pada View All. Setelah itu boleh menatal ke bahagian perbankan dan klik pada ikon e-Invois (LHDN) yang tersedia. Dengan mematuhi segala proses pengaktifan kelak para pengguna boleh meraih akses e-Invois.
Sementara untuk lamab web dan aplikasi M2U Biz pula – kumpulan ini perlu log masuk dengan id pengesahan sedia ada dan klik pada bahagian e-Invois dan patuhi segala keperluan akses pengaktifan. Setelah segala proses dipenuhi maka kumpulan ini turut meraih akses e-Invois sepertimana pengguna MAE.